Monday 26 September 2011

Tenaga Nuklear


Permintaan yang tinggi terhadap tenaga elektrik telah menyebabkan banyak negara-negara maju memberi perhatian terhadap tenaga nuklear. Terdapat perbezaan pendapat terhadap isu penggunaan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif selain daripada bahan api fosil. Bahan api nuklear seperti uranium dapat menjanakan logi nuklear yang dapat mengeluarkan tenaga elektrik. Uranium menerusi tindak balas berantai (chain reaction) akan menghasilkan tenaga haba yang tinggi yang dapat menukarkan air menjadi wap air. Wap air ini mempunyai tekanan yang tinggi hingga dapat memusingkan turbin dan seterusnya tenaga elektrik dapat dihasilkan.
Tindak balas berantai uranium yang digunakan dalam reaktor nuklear hendaklah dikawal untuk mengelakan letupan yang dahsat yang menjejaskan alam sekitar. Proses pengawalan tindak balas berantai uranium ini adalah suatu proses yang rumit dan memerlukan kecekapan peralatan dan kepakaran manusia berada di tahap yang optimum. Selain daripada itu tindak balas berantai uranium akan menghasilkan radiasi yang dikeluarkan oleh isotop uranium. Kemudaratan yang terhasil di dalam industri nuklear menjadi isu hangat di peringkat antara bangsa.



                                           Uranium

No comments:

Post a Comment