Monday 26 September 2011

Science Skill

Pada kelas hari ini kami telah diberi kerja oleh dr.Nurul. tentang kemahiran sains. Antara kemahiran-kemahiran sains ialah. :

1) Experimenting
  Merancang dan menjalankan aktiviti untuk mengkaji hipotesis termasuk mengumpul , menganalisis dan menterjemah data.
  Contoh: Pelajar membahagi kerja seperti mengambil data, menganalisis maklumat dan lain-lain.

2) Observing
   Menggunakan seria pendengaran, sentuhan, hidu, penglihatan, untuk mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena.
  Contoh: Pelajar memerhatikan perubahan warna cecair apabila dicampur dengn iodin.

 3)Hipotesis
   Membuat penyataan umum tentang hubungkait antara pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas untuk menerangkan lagi pemerhatian.
  Contoh: pelajar menghubungkaitkan jumlah ayunan bandul dan panjang tali dalam masa 1 minit.

4)Classifiying
   Menggunakan pemerhatian untuk membezakan objek atau situasi berdasarkan persamaan dan perbezaan.
   Contoh: Pelajar membuat jadual membezakan litar selari dan litar bersiri.

5)Mengukur menggunakan nombor
  Membuat pemerhatian kuantiti menggunakan nombor dan alatan menggunakan unit standard
  Contoh: Pelajar menggunakan jam randik untuk mengukur masa untuk mengira kelajuan kereta dalam unit saat.

6)Inferens
   Menggunakan data yang lepas untuk membuat kesimpulan awal serta menerangkan keadaan.
  Contoh:Pelajar mengambil maklumat eksperiman tentang pelanggaran elastik daripada internet untuk membuat andaian awal.

7)Prediting(meramal)
  Menyatakan keputusan yang akan dicapai berdasarkan pengetahuan yang diperolehi daripada pungutan data.
  Contoh:Sebelum membuat eksperiman pelajar membuat andaian awal melalui pembelajaran mereka di dalam kelas.

8)Communicating
  Menggunakan perkataan atau simbol grafik seperti jadual, graf, gambar rajah atau model menerangkan keadaan objek dan situasi.
  Contoh:Pelajar membuat graf tentang magnetic field dan perbezaan lilitan selenoid.

9)Menghubungkait ruang dan masa
  Menerangkan  perubahan dalam perimeter yang dipengaruhi masa.
  Contoh:

10) Interpreting data (menterjemah data)
   Memberi penjelasan situasi tentang satu objek situasi daripada  pungutan data.
  Contoh: Pelajar membezakan perbezaan jumlah magnetic field berpandukan graf yang diperolehi.

11)Mendefinasi experiment.
   Mendefinasikan konsep melalui penjelasan apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu diperhati.
  Contoh:

12)Controling variables
    Mengenalpasti pemboleh ubah malar,manipulasi dan bergerak balas dalam satu eksperiment.
   contoh:pelajar mengenal pasti jumlah ayunan bandul sebgai bergerak balas, panjang bandul sebagai manipulasi dan berat bandul sebagai malar.

    << SEKIAN TERIMA KASIH>>

Tenaga Nuklear


Permintaan yang tinggi terhadap tenaga elektrik telah menyebabkan banyak negara-negara maju memberi perhatian terhadap tenaga nuklear. Terdapat perbezaan pendapat terhadap isu penggunaan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif selain daripada bahan api fosil. Bahan api nuklear seperti uranium dapat menjanakan logi nuklear yang dapat mengeluarkan tenaga elektrik. Uranium menerusi tindak balas berantai (chain reaction) akan menghasilkan tenaga haba yang tinggi yang dapat menukarkan air menjadi wap air. Wap air ini mempunyai tekanan yang tinggi hingga dapat memusingkan turbin dan seterusnya tenaga elektrik dapat dihasilkan.
Tindak balas berantai uranium yang digunakan dalam reaktor nuklear hendaklah dikawal untuk mengelakan letupan yang dahsat yang menjejaskan alam sekitar. Proses pengawalan tindak balas berantai uranium ini adalah suatu proses yang rumit dan memerlukan kecekapan peralatan dan kepakaran manusia berada di tahap yang optimum. Selain daripada itu tindak balas berantai uranium akan menghasilkan radiasi yang dikeluarkan oleh isotop uranium. Kemudaratan yang terhasil di dalam industri nuklear menjadi isu hangat di peringkat antara bangsa.



                                           Uranium

Sunday 25 September 2011

FUNGSI PENAKSIRAN

   Terdapat beberapa fungsi penaksiran di dalam proses pendidikan :

1)Kebertanggungjawaban
  -Menyokong perjalanan pendidikan dan memberi maklum balas tentang keberkesanan pembelajaran
  -Memberi ruang untuk orang ramai meluahkan pendapat mereka tentang institusi pendidikan.
 
2)Persijilan
  -Boleh menunjukkan kebolehan dan kecekapan dalam sesuatu bidang.
  -Boleh mengetahui tahap pembelajaran seseorang pelajar.

3)Pemulihan
  -Mencari punca kelemahan pelajar dan maklum balas dari pelajar untuk memperbaiki kelemahan mereka.
  -Boleh juga untuk memperbagaikan lagi kaedah mengajar bagi guru.

4)Memotivasikan Pelajar
  -Memotivasikan pelajar untuk belajar
  -Pelajar akan rasa diambil berat dan berkepentingan.

<<SEKIAN TERIMA KASIH>>

MINGGU KEDUA

    Pada minggu ke-2 kami diajar cara-cara untuk menggunakan blog dan wikispace. Wikispace adalah satu laman untuk berkongsi pendapat. Laman ini juga boleh digunakan untuk semua pelajar- pelajar berkongsi masalah dan berkongsi pendapat dalam semua aspek tidak kira pelajaran ataupun tentang isu semasa. Tetapi dalam proses pembelajaran kami. Kami menekankan tentang isu nuklear di Malaysia. Terdapat 3 ketogeri diberi iaitu di pihak awam, kerajaan dan kewangan.

    Pada minggu ini juga kami diberi masa untuk berbincang di dalam kumpulan tentang hubungan antara 5 intruksi dalam pembelajaran iaitu:
-Pengajaran
-Pembelajaran
-Teknologi
-Penaksiran


<<SEKIAN TERIMA KASIH>>
-Instruksi
-Pendidikan
   

Saturday 24 September 2011

MINGGU PERTAMA

Assalamualaikum,
Pada minggu pertama kelas penaksiran kami, kami telah diberi kumpulan dan kami diberitahu tentang maksud penaksiran.
Maksud penaksiran adalah:
Ialah proses mengumpulkan dan menafsirkan maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran.
Terdapat juga beberapa tujuan mengapa perluka berlakunya proses penaksiran ini.Antara tujuannya ialah:
-Guru dapat meningkatkan lagi kemahiran mengajar.
-Guru dapat mengesan dimana kelemahan pelajar.
-Proses pengajaran akan berlaku lebih lancar.
Oleh itu guru boleh melakukan proses penaksiran ini melalui memberi kerja rumah,ujian dan nota pelajar. Selain itu guru juga boleh memberi soalan secara spontan ketika sesi pembelajaran.

<<SEKIAN TERIMA KASIH>>